Wednesday, July 20, 2011

Saya cabar Mamak

AAAhhhhh...apa macam ada berani? ramai yang telah menghantar video mereka untuk mencuba nasib memenangi hadiah wang tunai.. mcm mcm lagak ada. Rasa macam best je, jadi saya pun cuba untuk menyahut cabaran mamak ini dengan memusingkan bola sambil menyebut skrip yang diberi dengan laju, terang dan lancar.

Jadi, untuk menguji tahap konsentrasi serta menyahut cabaran tersebut, saya pun rakamkan video ini.



Link dia kat sini SAYA CABAR MAMAK

nampak senang je kan? tapi ambik masa hampir 2 jam jugak lah untuk latih skrip sambil pusingkan bola. bab pusingkan bola tu sebenarnya 'bakat terpendam' ..chewah. Bukan apa, masa itu, gara gara World Cup, arwah nenek kebetulan memang minat bola. Sebenarnya arwah nenek lah yang 'melatih' saya. Setiap hari praktis ..sampai lenguh jari dan pergelangan..Tetapi apa pun kenangan bersama arwah nenek memang terBEST..sebab banyak benda lagi yang beliau ajar terutamanya aktiviti masuk hutan, pancing ikan dan kegiatan BRUTAL yang sewaktu dengannya. 

ok sekian untuk santapan petang rabu. bukan nak suruh korang vote pun, sebab i memang dah anti dengan contest vote/likes ni, saya join sebab suka cabaran tu. Dan macam Dyat cakap, peluang tipis takpe, asalkan dah usaha.. Ada seminggu lagi sebelum tamat peraduan..kalau rasa nak cabar mamak tu, tunggu apa lagi?

2 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

saya tak cabar mamak..tapi saya nak cabar devi..hahahaha.i cam nak join tapi takde idealah..contest ni fun lahhh

Devi da Lil' DeviL said...

wahh...nak cabar saya..boleh ..cepat ayu tarikh tutup next week. memang fun..:) sambil menguji tahap kesabaran /konsentrasi dan multitasking...hahaha..good luck ayu!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...