Saturday, April 14, 2012

New Zealand-Day 4 with MYTv3

orait guyz ..sebelum korang nak baca post ni, biar saya bagi amaran dulu eh..post ini penuh dengan Kepoyoan Terjaga...yang mungkin juga agak menyerlah sehingga memberi inspirasi kepada semua untuk membuat cover album sendiri..chewah..muahahaha...kan dah bagi amaran tadi..dont worry..kepoyoan masih terjaga..
apa macam..cover album kami.. mengancam tak? muahaha

New Zealand, negara indah yang dipenuhi dengan penghuni bermata biru...ukiran warna yang membuatku tertarik. (kalau ada yang masih tidak tahu, kawan imaginasi saya semenjak kecik dinamakan KAtak Biru-kekeke) Perjalanan seperti biasa dikelilingi dengan persekitaran yang memang sungguh cantik sehingga dah tak tahu nak cakap apa dah. Mata telah dicuci, mulut telah terkunci, hanya minda mengusik diri.
Kehijauan perjalanan dengan sinaran mewarnai bukit bakau di sini
pitstop nak mencari limestorm rocks yang tak kesampaian.
tak lupa si Gopro yang menjadi teman sepanjang perjalanan
Nampak banyak kambing biri-biri, lembu berbulu dan gunung ganang yang diselaputi dengan keindahan semulajadi. Yang paling best sebab dapat join dengan crew mytv3 yang sempoi dan friendly tak lupa Nabila (another winner) yang memang kaki lawak tahap gaban.  Senang citer, pengalaman yang tak mungkin hilang dari mindaku untuk selamanya. Siap dapat jadi hos untuk program istimewa mytv3 untuk 4 episod edisi Mytv3-Christchurch & Canterburry-aahhh....memang sejak kecil saya bermimpi untuk menjadi seorang pengacara tv travel (at least for few seconds pun jadilah)..tup tup..impian tercapai. :)
bayangkan 40 juta kambing biri biri dibandingkan dengan penghuni NZ hanya 4 juta..:) merata rata ada
So dari Heartland Hotel Costswold, kami teruskan perjalanan ke Hanmer Springs. Tempat ini istimewa sebab penuh dengan hotspring / air panas semulajadi. Tapi sebelum itu, kami singgah di Culverden bakery untuk grab quick lunch..famous chicken pie. Aaahhhh...kenapa quick lunch??
sebab kami nak bakar lemak pulak lepas itu, kami nak buat salah satu aktiviti lasak iaitu Quad biking. korang pernah cuba tak? best yo! redah sungai, jalan berliku,berlumpur dan yang paling seronok dikelilingi oleh udara yang nyaman dan persekitaran yang hampir macam potret lukisan. pergh...jom layan. Kalau korang nak cuba, boleh check it out kat Thrillseekers Canyon. Selain quad biking, ada bungy, jet & water rafting.  
R U READY??
Sheena, guide kami dari Christchurch and Canterburry tourism sentiasa sibuk menunaikan kerjanya.



CANTIK kan? nampak jambatan tu, anda boleh buat bungy kat sana.dgn ketinggian 35m.i dah cuba yang kat Sunway Lagoon 40m.

tengah bersiap sedia untuk berquad biking. jumper suit, helmet dan jaket! sejuk!

Nanti saya cuba uploadkan video kalau dapat dari pihak penaja..:P buat masa ni,tengok gambar jelah yea. Ataupun nantikan kemunculan kami di Mytv3 bulan May 2012 nanti, 530petang Ahad hanya di Tv3..(tumpang promo sikit eh)

Selepas penat berquad-biking, kami dibawa ke sebuah kolam air panas terbesar di NZ, Hanmer Springs Thermal Pools & Spa Complex, sempat berjumpa dengan Cik Kim Mckay yang memberi sedikit penerangan tentang tempat ni. Sebanyak 22 kolam air panas dengan suhu panas dari 28-42celcius. Selain itu, pakej Spa dan Superbowl (ala ala taman tema air) juga ada disediakan. Pada yang inginkan ketenangan dan privasi, ada disediakan private thermal pools juga. So jangan malu malu..boleh singgah sini yea. :)

dah sampai Hanmer Springs, nak buat lawatan mengejut jap
Selepas itu, check in hotel Qualmark 5 bintang dan dengan Anugerah Enviro Silver , The Heritage ($385 @ RM 1347 satu malam 0.o) Best tempat tinggal kami malam ni--VILLA mewah!
Inilah villa 2 tingkat kami siap dengan ruang tamu, 3 bilik, mesin basuh dan pengering, garaj, dapur serba lengkap.
Sempat kami buat laudry lagi sebelum tido..hehehe

ada tempat perangin api..menemani kami di malam yang hening kesejukkan :)
tasik belakang villa kami
Iela, Nabila & saya ler

udara di sini sungguh segar sehingga kita terasa terapung apung di kayangan
ini reaksi kami bila diingatkan akan pulang semula ke Malaysia pada 17th April..LOL
ini reaksi kanak kanak ribena riang terlebih susu lembu segar meadow fresh..ada tasik di belakang villa kami! masa ni, itik itik dah melarikan diri..hahah
pic taken by Iela--terbaik punyaa photo skills dia ada

kepulan gebu merisik padang rumput halaman villa kami
muka serius la konon..Iela memang pro dengan Iphone 4s dia..
Selepas sesi fotografi diselangi dengan keindahan sunset yang membara ciptaan tuhan, kami mula berjalan kaki yang tak sampai 8 minit ke salah satu restoran popular di sini, Malabar .
langit membara dengan kepulangan matahari nak beradu
 Set thali dorang kat sini lain dari yang biasa saya makan, sebab takde sayur..3 mangkuk penuh dengan kari ayam yang agak manis..apa pun..kenyang sebab dapat makan dengan nasi..muahaha.
Thali set..papadam! :)

ok bye for now..nak bawa balik si buntal sheepy ni

Kan dah kata..ini baru gambar jer..belum upload video lagi ni..kalau nak tahu apa, mana, siapa, bagaimana dan segala persoalan yang bermain di minda anda, nantikan update dari blog saya. pasti segalanya akan terjawab..ok kia ora (bahasa Maori bermaksud semoga sihat sejahtera)

4 comments:

Wan Amira said...

bestnyer.. gambar pun banyak lawa.. boleh masuk other contest pulak

Devi da Lil' DeviL said...

hehehe..gambar kredit to Iela and Nabila..yup memang plan mcm tu pun..hahaha thanks

intanloveamir said...

giler best.....mmg pic superb cantik..;)))

Devi da Lil' DeviL said...

hi intan.

yes yes..sgt sgt best. thank you!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...